Setiap sumbangan anda bermula dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, disokong kepimpinan negeri, disalurkan melalui sistem yang telus, dan akhirnya memberi manfaat kepada asnaf serta pembangunan ummah. Inilah perjalanan sedekah yang penuh keberkatan.
Rentetan kejayaan program Asnaf Care dalam membantu golongan terjejas, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengambil langkah seterusnya dengan menubuhkan Pusat Sedekah & Wakaf pada 7 Januari. Penubuhan pusat ini menjadi kesinambungan usaha LZNK memperkukuh jaringan kebajikan melalui pengurusan sedekah dan wakaf yang lebih sistematik, memastikan sumbangan masyarakat dapat disalurkan dengan lebih telus dan memberi manfaat berterusan kepada asnaf serta komuniti memerlukan.